Sunday, 7 April 2013

Nyiauu nyiauu


JAWAB SEMUA SOALAN:

1.  Bila aku nak update blog ni haaa ?? bilaaa ?? bilaaaa ??!!

I.   Ni dah update dah ni.
II.  apsal kau menjimbit tanya ni ??
III. Mungkin bila nanti by Peter Pan.
IV. mengkarung punya soklan.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III
E. Semua di atas
F. Semua di bawah
G. semua di depan (kami tahu pilihan jawapan berulang, anggap je soalan salah cetak)
H. Semua di tenggara sikit, 30 darjah ke arah garisan sarta

Sobahal kher kepada semua blogger daripada Mesia, Australia, Congo dan Mexico. Sejak dua menjak kesibukan aku kat kampus ni ditambah lagi dengan final dan pembubaran parlimen yang asyik duk pending je , dan akhirnya aku menekan juga "papan kekunci" ( bahasa jiwa bangsa). 

Semalam aku baru je lepas FINAL MATH.  Math ? MATH je? kalau budak sekolah menengah tengok pun tak pandang perkataan "MATH" tu.. tapi kalau aku tulis. " semalam aku baru je lepas FINAL CALCULUS II FOR ENGINEER UITM PULAU PINANG". Kalau update kat status tu mohon "bold"kan baru la orang tengok macam gempak-2 je.. hahha..  Ni bukan statemen aku, ni statemen budak fesbuk aku :D...

kalau nak mengata tu kene hide kan nama dia.. haha.. syaiton kau pami..astagfirullah..okay-2 dah la tu dah la tu.. balik je dari exam, aku pun balik la,(statement kurang cerdik langit ke tujuh), balik-2 aku terus cari anak aku, dah makan ke belum, tengah buat apa, ni anak aku:


NAMA: Shikamaru

UMUR: Sepurnama bulan,

TYPE: tidak dikenal pasti

MAKANAN KEGEMARAN: Whiskas

MINUMAN KEGEMARAN: teh o ais dan susu badan

FAVORITE QUOTE: nyiauu nyiauuu.

POLITICAL VIEW: not interested





Sekarang saya ada bela kucing, nama dia shikamaru. Dulu kucing saya suka makan sayur, dia telah dididik dari kecik untuk makan sayur, beliau sangat vegeterian, setiap hari dia akan ke pasar untuk membeli sayur. walaubagaimanapun, rezeki beliau sangat pemurah, dia mengiau ngiau, semua apek-2 di pasar itu bermurah hati menyedekahkan semua jenis sayur kepada beliau, dan beliau sujud syukur tiap-2 hari kerana rezeki melimpah ruah datangnya daripada Allah.

Namun pada suatu hari beliau tertanya-tanya "kenapa manusia telah diberikan nikmat akal, rezeki yang banyak, namun masih lagi tidak bersyukur dan tidak sujud kepadaNya ?

aku pun terkesima dengan soalan tu, aku pun tak dapat nak kenal pasti jawapannya,

Tentiba, datang seekor kucing menjawab:

Kadang-kadang kita terfikir kenapa Allah ciptakan ada orang baik dan ada orang jahat, ada ahli ibadah dan ada ahli maksiat, ada malaikat dan ada syaitan, ada Nabi dan ada firaun, ada muslim dan ada kafir, ada wali dan ada fasiq, ada soleh dan ada toleh, ada syurga dan ada neraka. Kenapa agaknya ya?

# Macamana orang nak jadi baik kalau dia tak kenal apa yang dinamakan kejahatan? 

# Macamana orang nak jadi ahli ibadah kalau dia tak tahu kemaksiatan tu maknanya ape?

# Macamana nak ikut taatnya malaikat kalau tak tahu bagaimana nak elak daripada bisikan syaitan?

# Macam mana nak faham makna hidayah jikalau tiada orang yang musrik kembali ke jalan Allah.

Hmm pandai jugak kucing ni, terasa hina pula seekor kucing sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sedangkan manusia kadang-2 lupa untuk bersyukur.






Sunday, 27 January 2013

B.O.R.O.I



Benda macam ni pun nak jadi isu. Standard la lelaki boroi. haha! Aku selaku presiden LB1M (Lelaki Boroi 1 Malaysia) dengan ini ingin menegakkan benang yang basah dan mempertahankan rupa fizikal kami daripada diusap-usap oleh housemate-2 sendiri mahupun housemate rumah sebelah. Kami mempunyai variasi alasan untuk terus menjadi buncet ! antaranya:

Alasan kenapa kami ingin buncet:

1# Senang hati.

Kalau sungguh pun buncet, biarlah.. asalkan hati senang ( alasan premium orang-2 buncet)

2# ingin merasai penderitaan wanita yang mengandung

Nampak tak betapa penyanyangnya dan caringnya kami ? tu la malas aku nak expose lebih-2, nanti riak pulak, haha! cuma berbeza sedikit la caranya, wanita mengandung 9 bulan je, kami sepanjang hayat. Nampak tak betapa tinggi nya nilai kasih sayang seorang lelaki ? mana ada wanita sanggup mengandung sepanjang hayat. Tetapi lelaki sanggup ! malah gembira lagi pulak.. cayalah orang lelaki . hahhaa

3# lambang seksinya seorang lelaki

penyataan ini dikuatkan lagi dengan bukti-bukti dibawah:


Telah berkata montfahmy yang diriwayatkan oleh ayah pin yang bermaksud:

" Maka barang siapa yang mempunyai perut yang besar, berbangga la dia, kerana itu lah lambang seksi seorang lelaki"

montfahmy ditanya pula oleh seorang badwi

"Maka bagaimana pula seorang yang mengandung syeikh?"

monfahmy menjawab "adapun di dalamnya manusia berkaki dua"

(Hadis riwayat ayah pin dan Cikgu Kahar)
yang tak nampak tu ce click



tu sebab la orang yang buncet-2 ni dapat bini lawa-2..aku dah tuit akak siti nurhaliza, dia pun kata benda yang sama.

p/s: aku mewakili LB1M menegaskan bahawa #buncet is a pride .


Sunday, 30 December 2012

Welkem back !!

Welcome back !! setelah menyedari dan tersedar dari lena yang panjang bahawa cuti krismas dah habis, terlalu pula banyak segala serba serbi esaimen baru teringat belum buat lagi.
 Melayu kan ? last minute baru efficient (mont, 2012).

Cuti krismas ni aku tak balik pun, ada kerja sikit.. Ramai orang tanya  ( lebih daripada 2 orang tu kira jamak la..cincai-2). Apa kau buat tu pamie kat penang ? kerja apa kau buat ni ? kau ni wakil rakyat ke nak berkempen kat sana? bukan-2 sume salah..aku kat penang ni nak berkhalwat...hahaha!!berkhalwat ni menyendiri la gila. Aku ada kerja kelab yang belum nak siap tu, esaimen lagi, nak study sikit lagi, so aku mengambil keputusan untuk tidak balik minggu ni.. sob sob sob

Tengah-2 tu captain :D


#As student sebenarnya banyak masa kita dibazirkan kepada benda-2 yang tak berpaekdah. 
#And as student kalau nak bazir masa anda, tengok kita ambil course apa, haha!! kalau ambil course kulinari ke? boleh-2 kalau nak main-2. Sebab setakat ni tak pernah aku dengar student kulinari kene ambil paper Julai.
#As student too  banyak lagi objektif yang perlu kita capai dengan mempunyai masa yang banyak. (amende aku tulis ni -_-)


Dan bukan la namanya pelajar jika :



# Bukan la seorang pelajar jika masanya banyak dihabiskan bukan untuk belajar

# Bukan la namanya seorang pelajar jika masanya lebih dihabiskan untuk FB, twitter, daripada untuk belajar.

# Bukan la namanye pelajar kalau tak pernah meniru semasa exam.

# Bukanlah namanye pelajar jika hati dan mindanye duk pikir 24 jam pasal cinta.

# Bukan la namanye pelajar kalau asyik nak berblogging dan blog walking sahaja ( HAHAHA!!). terasa mak jemah :D

In the coconut shell, sebagai student kita perlu menggunakan internet sebaik-baiknya untuk melaksanakan esaimen dan bukannya mengonlinekan diri 24 jam di Twitter dan FB serta jangan tengok porn. Insyallah kita berjaya dunia dan akhirat..

Assalamualaikum~~
salam satu blogger :D



Mari membatakkan diri :D

Wednesday, 26 December 2012

Musim ?



Musim ?? tu la entry aku pada hari ini, memandangkan kira berada dalam musim tengkujuh ni memang enak untuk meniduri diri sendiri dan bukan dengannya dengan orang lain. Sebenarnya musim ni seolah-olah satu perumpamaan terhadap kehidupan kita. (dah macam-2 pulak si pami ni).

Secara sedar atau tidak sedar mahupun separa sedar, kehidupan kita ni terjalin hebat dengan situasi semasa. Tak percaya ? cuba kita imbau dulu-dulu masa kecik-kecik, kartun Beyblade menjadi trend budak-2 sekolah,, mencanak aku dulu cari beyblade kat kedai pak cik sulaiman, takut-2 habis. Tak dapat real beyblade pemadam pun boleh buat lawan asal boleh pusing. HAHA!!



#musim dalam kehidupan.


1# musim tidak konsisten.

Musim tak konsisten  maknanya dia buat sekadar ikut trend, takde istiqomah langsung la kiranya. Buat pun sekejap sekejap. contoh musim tak konsisten macam:


  • Musim final exam


Musim ni betul-2 pure punya konsisten study, kalau study week tu 2 minggu,, 5 hari sebelum exam baru kemain konsisten study siang malam..
  • Musim blackberry dan apple

deyh macha, time aku kecik-2 dulu blackberry dan apple masih lagi buah-buahan
  • Musim boikot

boikot produk israel !! aku bagi top seminggu tak jejak kat mcD tu..haha
  • Musim insaf

musim insaf ni time bulan puasa je..tapi ada juga yang konsisten serta istiqomah tak puasa dalam bulan ramadan .


2# musim yang konsisten

Musim yang konsisten ni banyak sebenarnya, tapi aku nak cerita sikit je ni..haha..

  • Musim Haji

Musim haji ni memang dah fix dah, tak boleh nak tukar-2 tarikh,, delay 2-3 minggu ke..memang dah tetap 8 sampai 12 zulhijjah dalam kalender islam..tak boleh korang nak anjak ke bulan Muharam ke, bulan Safar ke..

Yang lain-2 korang pikir la musim apa lagi..musim puasa,musim raya..musim buah-buahan ke..

Saturday, 24 November 2012

Hati ouh Hati (Season I)



Ni kalau aku tulis Season I jangan nak berharap pula Season II akan menyusul. Saje je teman nak mengaburi mata masyarakat majmuk kat Malaysia ni.

Dulu aku kecik-2, aku pikir hati ni berbentuk love cam kat atas ni.. Rupa-rupanya ....

CENGGINI HATI RUPANYA

Aku syak ni hati lembu... haha..#lawakhambar

sudah sudah..berbalik pula pasal hati.
#Hati (Bahagian 1)

aku sebut je hati korang pikir apa? first benda aku pikir ialah peribahasa.. " Ikutkan hati mati ikutkan rasa binasa " dan peribahasa ni dikuatkan lagi dengan ungkapan Ustaz aku dulu..mula-2 dia quote peribahasa ni then dia cakap " tu sebab Allah sematkan iman dalam hati kita,supaya kita dapat mengawalnya ". Dulu aku dengar bodoh2 je..haha..aku ingat pun sebab ayat ustaz aku ni best.  Baru kin aku sedar berapa dalamnya ungkapan dia.. Dalam mana ? haha..dalam la gak oii


#Hati (Bahagian 2)

benda kedua aku pikir pasal hati ialah cinta..ahaha~ #mood: vanila coklet.. apa jimbet sebenarnya cinta ni ?

1. Cinta takde kena mengena dengan megi cintan.

2. Cintan selalu dikaitkan dengan cintun. Adakah mereka adik beradik kandung seibu sebapa seatuk senenek seuncle seaunty seketurunan sesusurjalur? Hasil kajian menunjukkan takde langsung pun orang kata cintun tu sejenis megi. Kerana megi cintun pun memang tak wujud dalam pasaran.

3. Cinta bukan hanya dirasai oleh orang cina. Cinabeng pula adalah antara kata-kata makian yang digunakan, tentunya bukan untuk orang yang dicintai.

4. Takde siapa yang dapat buktikan cinta itu buta sebab sampai sekarang pun masih takde sorang pun manusia, saintis mahupun doktor yang mampu buktikan cinta tu mempunyai mata.

5. Cina buta merupakan salah satu tindakan yang dilakukan kesan akibat terlalu cinta.

6. Orang dahulu kala mengeja perkataan cinta sebagai chenta. Ia tiada sebarang kaitan dengan planta, plasenta dan plasma tv.

7. Orang yang bercinta biasanya mempunyai hati yang berbunga-bunga. Akan tetapi, dalam dunia ni memang kita tak pernah jumpa lagi bunga-bungaan yang tumbuh dari hati yang diletakkan di dalam pasu lalu diberikan kepada kekasihnye #romantiknye

8. Orang yang bercinta biasanya mandi tak basah. Itupun sebab dia tak mandi

9. Orang yang bercinta biasanya tidur tak lena. Itupun sebab nyamuk hurung kaki dia. Sape suruh tak pasang ubat nyamuk dan pakai kelambu.

10. Orang yang bercinta biasanya makan tak kenyang. Biasalah, makan ikut sunnah. Kalau kenyang sangat kang mengantuk pulak.

11. Orang yang bercinta biasanya hidup dalam dunianya sendiri. Kompem dah la sebab mustahil pulak diorang nak hidup dalam akhiratnya sendiri. Dorang kan belum mati.

12. Orang yang bercinta suka dengar lagu-lagu jiwang. tak pernah pulak dengar orang bercinta yang suka ulang-ulang play lagu negaraku.

13. Orang yang bercinta ni sensitive. Orang dah suruh pakai sensodyne tak nak. Colgate relieve pun ada kedekut nak beli.

14. Cinta, rindu, sayang, kasih, adalah beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dan persamaan. Ya, kaitannya itu semua adalah perkataan dalam bahasa Melayu.

15. Aku cinta padamu adalah lagu yang menaikkan Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Sedangkan aku benci padamu adalah ayat yang menjatuhkan semangat seseorang manusia yang cuba nak mengorat manusia yang lain.

16. Cinta bukanlah suatu jenis makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

17. Cinta itu subjektif. Paper II 60 markah. Biasanya paper I objektif 40 soalan. Paper II cantum markah dengan paper I dapatla markah penuh.

18. Bencinta adalah perasaan seperti biskut. Kejap benci kejap cinta. Tak istiqomah langsung.

19. Antara cinta dan cita-cita, ditengah-tengahnya ada cerita. Drama ke katun ke ikut korang lah.


20. Perempuan itu hatinya di mulut manakala lelaki pula mulutnya di hati. Pondan pula mulutnya di mulut dan hatinya stay tempat sama tapi akal entah kemana

21. Memendam rasa cinta akan menyeksakan jiwa. Memendam rasa nak berak akan menyeksakan dan memulas-mulaskan perut. Usah le tahan-tahan berak. Tak elok untuk sistem pernafasan.

22. Cinta sejati adalah mengharapkan kebahagiaan untuk orang yang dicintai. Walaupun orang yang dicintai tu cakap dia bahagia cintakan orang lain, hati kita boleh redha dan kata, “aku pun turut bahagia sebab ngko bahagia”, bukannya cakap “aku akan buatkan ngko masuk hospital bahagia sebab ko tak bagi aku bahagiakan ko

23. Cara untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberikan cinta terlebih dahulu. Tak payah le hulur rasuah.

24. Jangan mengharap sangat cinta itu berbalas ibarat memberi kueh kepada jiran sebelah mengharapkan talam dipulangkan.. takde rezeki

25.Mungkin hari ni seseorang makan nasik. Dan mungkin saja keesokan harinya setelah jemu makan nasik akan berubah perasaannya mencintai chicken chop.. #metafora kuasa 33

26. Bercinta memang susah. Untuk dicintai juga memang susah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu lagi la susah. Habeh ape yang senangnye?

27. Cinta monyet susah untuk didetect. Ada sesiapa dari bidang zoology yang pernah buat kajian tentang bagaimana monyet bercinta?

28. Ada apa dengan cinta? Macam-macam adaaaaa…


lu senyum siket~

Thursday, 15 November 2012

Our today

It seems like unstoppable juggernaut that killing everyone life without mercy.
This is full describing the future and olso what we gonna do in future ?

BINGO !!
Hypothesis : yeah! our today have been tortured by the future ...

Experiment :

1. A guys struggling hard do almost everything job in the world for money to get married. 
2. Students too depressed about the final exam
3. A mom too worried about the baby in her tummy 
4. The PM does everything to maintain their power and win each elections every 4 years.
5. A dad worry about his child's future.


But..sometimes all the worries and all the depression make us more reliable more adventure and maybe more ready. 

I give an example, a guys gonna be marry in 2 years, what he gonna do ? just sit in kedai mamak having fun and laughing to someone ? no ! he should go out there find extra money by doing all possible work to get well preparation about his wedding ..

Yeah.. it's a life ..our life have been tortured by future in good ways.. It make us more mature and ready to face the real life out there .

Hypothesis is accepted ..!

wake up and get a life!!



Friday, 9 November 2012

that called life




Waktu kanak-kanak dulu, kita sentiasa tertanya2 bila nak jadi besar ni..nak jadi dokter,cikgu, ahli bomba,polis (pengaruh gerak khas) bila nak besar ni ..tak sabar nak kawin ( ni aku tambah sendiri) ha ha ha!!  tapi sekarang bila dah besar, kadang kala kita tak jadi apa yang diharapkan. 

Mungkin dulu nak jadi polis, tapi kini dah jadi bomba. ha ha ha! kira ok la tu.. Ada yang nak jadi askar, tup2 jadi mak andam, HAMEKAWW jauh da tu. 


Tiba-tiba kita teringat cita2 kita dahulu kita tak kecapi pada hari ni dan kita sedar pensel patah, pemadam hilang dan kerja rumah x siap, kene rotan dengan cikgu, terkencit dalam seluar ( bukan aku ) adalah jauh lebih baik daripada hati yang patah dan pengalaman yang mengguris hati. 


That's call life..one moment we dream such a rainbow and colorful life in future..but someday we realize life is not all happy ending.. died in garden full of flowers.. married to someone u crush on.. and someday we have to realize our life was fated by the hand of Allah The Almighty. He know every single thing in the world and know what the best for ourself.