Hoi
Piu piu ...
Moshi Moshi ..
Dah lama sebenarnya abang terlupa pasal blog ni. Dua tahun kebelakangan ni macam-macam abang tempuh, terkadang terasa ingin bergaduh pula dengan Si Maween. Mujur jek Maween ni comel jiddan jiddan, dapat pula melembutkan hati yang semakin keras. Moga Tuhan menarik aku kembali di jalan fitrahNya,
Maween |
Kadang-kadang aku rasa hati aku ni dah jadi Android 5.5 Laksa Penang. Manda ajer nak pegang hengpon. Kalau pun hati rasa taknak tapi tangan still nak pegang sungguhpun takde apa yang menarik still nak scroll-scroll. Padahal banyak lagi kerja lain boleh buat.
"Ustaz,aku asyik aja dengan hengpon. Tidur, makan, mandi semua dengan henpon"
"Anak muda ni terkena penyakit malaria hati akhir zaman"
Bila asyik dengan gadget hidup jadi tak realistik, hilang holistik, hidup jadi plastik.
Banyak lagi orang untuk kita bertemu mata bertanya khabar. Banyak lagi aktiviti yang kena buat dan belajar. Banyak lagi ibadah belum mulazamah dan banyak lagi kitab / buku yang belum mutalaah, Banyak lagi itu dan ini yang perlu buat dan belajar, namun tak tersempat nak buat kerana terlalu ralit dengan hengpon / gadget ciptaan manusia.
Hmm rasanya mujahadah paling utama akhir zaman ini adalah mujahadah menjauhkan diri daripada gadget.
p/s : Liverpool 0 : 3 West Ham Y_Y
0 comments:
Post a Comment