Thursday 18 April 2013

OH WANITA

Assalamualaikum,

Kita mulakan posting kali ini setelah 2 minggu blog ini bersawang, dianaktirikan,diabaikan, diwatdonnokan, ditakjengukkan,diwatbodokan dan setaraf dengannya. Keterlaluan busy dengan twitter, facebook, myspace dan friendster antara penyebab aku busy tidak lupa juga kepada cerita detective conan dan Schin Chan yang sama-sama contribute sekali kebusyan aku.

Masuk je minggu ni dah genaplah sebulan Allah menguji aku dengan kehadiran En. Selsema dan En. Batuk lari bergilir-gilir 1000 meter dalam badan aku ni. Hari ini pula bercampur baur dengan semalam aku sakit perut dan sembelit serentak. tahi cair tapi susah nak keluar.. Best kan ? Keji tak statement ? hahahahhaa... Rasanya terlalulah banyak dosa aku ni. Mungkin ni  kafarah bagi dosa-2 aku yang lepas. Alhamdulillah :)

awek roti canai

Sebenarnya, aku memey suka roti canai. eh? haha.. setel muqadimmah aku hari ni. Pagi ni aku nak sembang pasal Oh Wanita tapi bukan ohhh perempuan ke ni ? Sangat berbeza disitu berbeza makna tersirat dan tersuratnya. Ada yang bertanya,

#kau ni lelaki cerita pasal perempuan.. blah la.!
#cerita la pasal lelaki, ni semua pasal perempuan.. blah la!
#booo perempuan je.. blah la!

Jawapanya: aku ni pencinta wanita.. blah la kau ! dalam satu hadis sahih berbunyi :

عَنْ عَبدُالرَّحْمَن بن العوف
اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ 
اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Dari Abdurrahman bin Auf r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Jika perempuan mengerjakan #solat yang lima, #puasa Ramadhannya , #memelihara kehormatannya dan #taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka.
Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani

sonang je kaum wanita ni nak masuk syurga, tapi lagi sonang mereka ni masuk neraka hadis Rasulullah:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

kenapa agaknya ye masuk neraka ?

# wanita yang membuka aurat.
# Menyakiti hati suaminya 
# Menyusu anak orang lain tanpa kebenaran suami
# Keluar tanpa izin suami
# Memperhiasi diri sendiri untuk orang lain.
# Tidak solat
# Zina
-----------------------------------------------------------




Wanita sebernanya dicipta Allah dengan sangat hebat. Ketika Allah menciptakan wanita, Malaikat datang dan bertanya:
Mengapa begitu lama, Ya Allah ?
Tuhan menjawab, 

Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?

#Dua tangannya mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
#Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
#Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat macam pelik la, 
Hanya dengan dua tangan ini?

Tetapi…Engkau membuatnya begitu halus & lembut

Allah reply:

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, 
Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya."

Malaikat itu menyentuh dadanya,



Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya

Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…

#Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
#Mampu tertawa saat hatinya menangis…
#Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
#Dia boleh melawan ketidakadilan…
#Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
#Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
#Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…

“CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum, 
Lalu apa kekurangannya?”

Tuhan menjawab, 
Hanya satu hal…Dia terkadang lupa betapa berharganya dia


p/s: kerana dirimu begitu berharga :)

ooo perempuan ke ni ?






Sunday 7 April 2013

Nyiauu nyiauu


JAWAB SEMUA SOALAN:

1.  Bila aku nak update blog ni haaa ?? bilaaa ?? bilaaaa ??!!

I.   Ni dah update dah ni.
II.  apsal kau menjimbit tanya ni ??
III. Mungkin bila nanti by Peter Pan.
IV. mengkarung punya soklan.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III
E. Semua di atas
F. Semua di bawah
G. semua di depan (kami tahu pilihan jawapan berulang, anggap je soalan salah cetak)
H. Semua di tenggara sikit, 30 darjah ke arah garisan sarta

Sobahal kher kepada semua blogger daripada Mesia, Australia, Congo dan Mexico. Sejak dua menjak kesibukan aku kat kampus ni ditambah lagi dengan final dan pembubaran parlimen yang asyik duk pending je , dan akhirnya aku menekan juga "papan kekunci" ( bahasa jiwa bangsa). 

Semalam aku baru je lepas FINAL MATH.  Math ? MATH je? kalau budak sekolah menengah tengok pun tak pandang perkataan "MATH" tu.. tapi kalau aku tulis. " semalam aku baru je lepas FINAL CALCULUS II FOR ENGINEER UITM PULAU PINANG". Kalau update kat status tu mohon "bold"kan baru la orang tengok macam gempak-2 je.. hahha..  Ni bukan statemen aku, ni statemen budak fesbuk aku :D...

kalau nak mengata tu kene hide kan nama dia.. haha.. syaiton kau pami..astagfirullah..okay-2 dah la tu dah la tu.. balik je dari exam, aku pun balik la,(statement kurang cerdik langit ke tujuh), balik-2 aku terus cari anak aku, dah makan ke belum, tengah buat apa, ni anak aku:


NAMA: Shikamaru

UMUR: Sepurnama bulan,

TYPE: tidak dikenal pasti

MAKANAN KEGEMARAN: Whiskas

MINUMAN KEGEMARAN: teh o ais dan susu badan

FAVORITE QUOTE: nyiauu nyiauuu.

POLITICAL VIEW: not interested





Sekarang saya ada bela kucing, nama dia shikamaru. Dulu kucing saya suka makan sayur, dia telah dididik dari kecik untuk makan sayur, beliau sangat vegeterian, setiap hari dia akan ke pasar untuk membeli sayur. walaubagaimanapun, rezeki beliau sangat pemurah, dia mengiau ngiau, semua apek-2 di pasar itu bermurah hati menyedekahkan semua jenis sayur kepada beliau, dan beliau sujud syukur tiap-2 hari kerana rezeki melimpah ruah datangnya daripada Allah.

Namun pada suatu hari beliau tertanya-tanya "kenapa manusia telah diberikan nikmat akal, rezeki yang banyak, namun masih lagi tidak bersyukur dan tidak sujud kepadaNya ?

aku pun terkesima dengan soalan tu, aku pun tak dapat nak kenal pasti jawapannya,

Tentiba, datang seekor kucing menjawab:

Kadang-kadang kita terfikir kenapa Allah ciptakan ada orang baik dan ada orang jahat, ada ahli ibadah dan ada ahli maksiat, ada malaikat dan ada syaitan, ada Nabi dan ada firaun, ada muslim dan ada kafir, ada wali dan ada fasiq, ada soleh dan ada toleh, ada syurga dan ada neraka. Kenapa agaknya ya?

# Macamana orang nak jadi baik kalau dia tak kenal apa yang dinamakan kejahatan? 

# Macamana orang nak jadi ahli ibadah kalau dia tak tahu kemaksiatan tu maknanya ape?

# Macamana nak ikut taatnya malaikat kalau tak tahu bagaimana nak elak daripada bisikan syaitan?

# Macam mana nak faham makna hidayah jikalau tiada orang yang musrik kembali ke jalan Allah.

Hmm pandai jugak kucing ni, terasa hina pula seekor kucing sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sedangkan manusia kadang-2 lupa untuk bersyukur.