Sunday 30 August 2015

Kau Tahu ?

Jawab semua soalan dibawah

1) Lama wei tak nampak Pami. Kau tahu kenapa?

i- Putus chenta.
ii- Buat bisnes keropok moni.
iii- Belajar ketip kuku kucing.
iv- Ntah... ntah...dia dah kawin tak?
v- Mungkin....mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi.

A- i dan ii
B- ii dan iii
C- iii dan iv
D- Semua sekali di atas
E- ke arah kiri sikit menghadap 23 degree ke arah timur.

Kroh kroh. Sejak dua menjak ni aku cuba untuk menulis kembali. Mencari bakat penulisan aku yang tak seberapa dulu. Kadang tulis dua tiga rangkap bunyi macam kambing tersepit kaki. Tulis lagi gaya macam Martin Luther pulak. Kacau bilau dengan gaya penulisan indie, jenis monolog, jenis bercerita. Eh sekarang aku tulis jenis yang mana ni? Kau tahu ?

Kau Tahu ? 

Berbicara tentang politik cuma menimbulkan perbalahan, pergaduhan dan perselisihan. Tiada yang zuhud dalam berpolitik menurut Sufyan at-Tsauri. Politik di Malaysia penuh plastik dengan setiap hari menebal setiap inci kulit muka mereka boleh menyamai Tembok Besar China! Penuh dengan trik silap mata dan trik Kambing Hitam Gurun. Eh kau duduk di Planet mana ni semua tak tahu?

Kau Tahu ? 

Kutu-kutu yang dulu pakai DP "My Name Is Sipolan" "I suport Gaza" dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya aku perati dah mula tukar DP kepada logo BERSIH, Yahudi campak sistem demokrasi, ramai hilang pedoman. Aku perati je. Eh kau duduk di Planet mana ni semua tak tahu?

Ni la yang paling abang suka *clapclap*

p/s: Setiap ciptaan di Muka bumi Allah ni bersebab. Kau Tahu?



Pesanan Ringkas Si Kucing Garong

Assalamualaikum.

Hoi

Piu piu ...

Moshi Moshi ..

Dah lama sebenarnya abang terlupa pasal blog ni. Dua tahun kebelakangan ni macam-macam abang tempuh, terkadang terasa ingin bergaduh pula dengan Si Maween. Mujur jek Maween ni comel jiddan jiddan, dapat pula melembutkan hati yang semakin keras. Moga Tuhan menarik aku kembali di jalan fitrahNya,

Maween

Kadang-kadang aku rasa hati aku ni dah jadi Android 5.5 Laksa Penang. Manda ajer nak pegang hengpon. Kalau pun hati rasa taknak tapi tangan still nak pegang sungguhpun takde apa yang menarik still nak scroll-scroll. Padahal banyak lagi kerja lain boleh buat.




"Ustaz,aku asyik aja dengan hengpon. Tidur, makan, mandi semua dengan henpon"

"Anak muda ni terkena penyakit malaria hati akhir zaman"


Bila asyik dengan gadget hidup jadi tak realistik, hilang holistik, hidup jadi plastik.

Banyak lagi orang untuk kita bertemu mata bertanya khabar. Banyak lagi aktiviti yang kena buat dan belajar. Banyak lagi ibadah belum mulazamah dan banyak lagi kitab / buku yang belum mutalaah, Banyak lagi itu dan ini yang perlu buat dan belajar, namun tak tersempat nak buat kerana terlalu ralit dengan hengpon / gadget ciptaan manusia.

Hmm rasanya mujahadah paling utama akhir zaman ini adalah mujahadah menjauhkan diri daripada gadget.


p/s : Liverpool 0 : 3 West Ham Y_Y