Saturday 24 November 2012

Hati ouh Hati (Season I)



Ni kalau aku tulis Season I jangan nak berharap pula Season II akan menyusul. Saje je teman nak mengaburi mata masyarakat majmuk kat Malaysia ni.

Dulu aku kecik-2, aku pikir hati ni berbentuk love cam kat atas ni.. Rupa-rupanya ....

CENGGINI HATI RUPANYA

Aku syak ni hati lembu... haha..#lawakhambar

sudah sudah..berbalik pula pasal hati.
#Hati (Bahagian 1)

aku sebut je hati korang pikir apa? first benda aku pikir ialah peribahasa.. " Ikutkan hati mati ikutkan rasa binasa " dan peribahasa ni dikuatkan lagi dengan ungkapan Ustaz aku dulu..mula-2 dia quote peribahasa ni then dia cakap " tu sebab Allah sematkan iman dalam hati kita,supaya kita dapat mengawalnya ". Dulu aku dengar bodoh2 je..haha..aku ingat pun sebab ayat ustaz aku ni best.  Baru kin aku sedar berapa dalamnya ungkapan dia.. Dalam mana ? haha..dalam la gak oii


#Hati (Bahagian 2)

benda kedua aku pikir pasal hati ialah cinta..ahaha~ #mood: vanila coklet.. apa jimbet sebenarnya cinta ni ?

1. Cinta takde kena mengena dengan megi cintan.

2. Cintan selalu dikaitkan dengan cintun. Adakah mereka adik beradik kandung seibu sebapa seatuk senenek seuncle seaunty seketurunan sesusurjalur? Hasil kajian menunjukkan takde langsung pun orang kata cintun tu sejenis megi. Kerana megi cintun pun memang tak wujud dalam pasaran.

3. Cinta bukan hanya dirasai oleh orang cina. Cinabeng pula adalah antara kata-kata makian yang digunakan, tentunya bukan untuk orang yang dicintai.

4. Takde siapa yang dapat buktikan cinta itu buta sebab sampai sekarang pun masih takde sorang pun manusia, saintis mahupun doktor yang mampu buktikan cinta tu mempunyai mata.

5. Cina buta merupakan salah satu tindakan yang dilakukan kesan akibat terlalu cinta.

6. Orang dahulu kala mengeja perkataan cinta sebagai chenta. Ia tiada sebarang kaitan dengan planta, plasenta dan plasma tv.

7. Orang yang bercinta biasanya mempunyai hati yang berbunga-bunga. Akan tetapi, dalam dunia ni memang kita tak pernah jumpa lagi bunga-bungaan yang tumbuh dari hati yang diletakkan di dalam pasu lalu diberikan kepada kekasihnye #romantiknye

8. Orang yang bercinta biasanya mandi tak basah. Itupun sebab dia tak mandi

9. Orang yang bercinta biasanya tidur tak lena. Itupun sebab nyamuk hurung kaki dia. Sape suruh tak pasang ubat nyamuk dan pakai kelambu.

10. Orang yang bercinta biasanya makan tak kenyang. Biasalah, makan ikut sunnah. Kalau kenyang sangat kang mengantuk pulak.

11. Orang yang bercinta biasanya hidup dalam dunianya sendiri. Kompem dah la sebab mustahil pulak diorang nak hidup dalam akhiratnya sendiri. Dorang kan belum mati.

12. Orang yang bercinta suka dengar lagu-lagu jiwang. tak pernah pulak dengar orang bercinta yang suka ulang-ulang play lagu negaraku.

13. Orang yang bercinta ni sensitive. Orang dah suruh pakai sensodyne tak nak. Colgate relieve pun ada kedekut nak beli.

14. Cinta, rindu, sayang, kasih, adalah beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dan persamaan. Ya, kaitannya itu semua adalah perkataan dalam bahasa Melayu.

15. Aku cinta padamu adalah lagu yang menaikkan Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Sedangkan aku benci padamu adalah ayat yang menjatuhkan semangat seseorang manusia yang cuba nak mengorat manusia yang lain.

16. Cinta bukanlah suatu jenis makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

17. Cinta itu subjektif. Paper II 60 markah. Biasanya paper I objektif 40 soalan. Paper II cantum markah dengan paper I dapatla markah penuh.

18. Bencinta adalah perasaan seperti biskut. Kejap benci kejap cinta. Tak istiqomah langsung.

19. Antara cinta dan cita-cita, ditengah-tengahnya ada cerita. Drama ke katun ke ikut korang lah.


20. Perempuan itu hatinya di mulut manakala lelaki pula mulutnya di hati. Pondan pula mulutnya di mulut dan hatinya stay tempat sama tapi akal entah kemana

21. Memendam rasa cinta akan menyeksakan jiwa. Memendam rasa nak berak akan menyeksakan dan memulas-mulaskan perut. Usah le tahan-tahan berak. Tak elok untuk sistem pernafasan.

22. Cinta sejati adalah mengharapkan kebahagiaan untuk orang yang dicintai. Walaupun orang yang dicintai tu cakap dia bahagia cintakan orang lain, hati kita boleh redha dan kata, “aku pun turut bahagia sebab ngko bahagia”, bukannya cakap “aku akan buatkan ngko masuk hospital bahagia sebab ko tak bagi aku bahagiakan ko

23. Cara untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberikan cinta terlebih dahulu. Tak payah le hulur rasuah.

24. Jangan mengharap sangat cinta itu berbalas ibarat memberi kueh kepada jiran sebelah mengharapkan talam dipulangkan.. takde rezeki

25.Mungkin hari ni seseorang makan nasik. Dan mungkin saja keesokan harinya setelah jemu makan nasik akan berubah perasaannya mencintai chicken chop.. #metafora kuasa 33

26. Bercinta memang susah. Untuk dicintai juga memang susah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu lagi la susah. Habeh ape yang senangnye?

27. Cinta monyet susah untuk didetect. Ada sesiapa dari bidang zoology yang pernah buat kajian tentang bagaimana monyet bercinta?

28. Ada apa dengan cinta? Macam-macam adaaaaa…


lu senyum siket~

2 comments:

AdinataGus said...

Gaya penulisan yang amat menarik dan happening.Penulis pelajar kedoktoran?

Unknown said...

ouh tidak ..saya pelajar kejuruteraan :)

Post a Comment