wah wah wah! pami update oii .. *flip flip hair*..
ate ceritanya bermula seorang yang kurang ilmunya, tetapi mempunyai sedikit iman di hatinya. Dalam satu masa yang dingin, dalam kekelabuan mata ini dan terhiruk lentuk, aku didatangi oleh seorang badwi, selepas bersalaman, dia duduk disebelah aku. Kemas pakaiannya, pemuda ini dalam lingkungan 21 tahun agak aku. Tiba-tiba terpacul dia bertanya kepada ku:
"solat kau jaga tak?"
"cukup, tapi kadang-kadang tu, subuh gajah la jugak, hehe"
"owhh.."
"kenapa tanya macam tu ??"
"takdelah,saja tanya sebab selalunya orang yang jaga solatnya,masa dia teratur"
aku terus terdiam, aku fikir tak cukup lagi rasanya amalan aku ni..hmm
sebenarnya aku terkantoi dengan member aku semalam, gila babun punya banyak aku kantoi, sampai babun pun geleng kepala kalau tengok kesalahan aku semalan. adududu, kantoi busuk, busuk pun tak kantoi macam ni (persetankan susunan ayat ini). Sebenarnya posting kali ni kira macam sambungan Hati Oh Hati (season 1).
Ha! aku nak citer kat kome, anak dara aku dah besar dah, dah jadi anak dara, tapi tak tau la virgin ke tidak lagi,
Selamat menyambut Ramadan |
"Cinta Hijabster dan Serbanister ?"
acah-2 cool gitu tajuk nye nih yer? haha.. sebelum tu! selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam dan kepada pembaca entry kali ni. Ekceli dah lama aku nak update posting ni, sebab ada insan yang duk kata,
"weih, hang bila nak update blog ? ghindu la dengan blog kau"
"aku busy sikit la, nanti2 la eh ?"
"alah pami jangan la, update la, aku ghindu la"
ok, ni adalah penipuan level super saiyaa~
kata seorang kutu:
"Buaya yang berserban/berkopiah lebih bahaya daripada buaya yang pakai kaca mata hitam, dressup dan bawa DSLR depan PAVI"
Perkara yang buat aku menyampah dan buat aku rasa nak mencarut bila golongan kopiahster atau niqabster duk posting so call islamic bukan kerana mereka menyampaikan sesuatu yang bermanfaat tetapi di wall masing2 berbunyi cenggini:
"Aku cinta padamu kerana Allah..."
"Ku mecari bakal imam ku ... bla bla.. "
"Aku mencintaimu kerana agama kamu, bla bla bla"
aku dah detect dah antara filem-2 kegemaran hijabster dan serbanister;
#Salam Cinta,
#Tahajud Cinta,
#Ketika Cinta Bertasbih,
#Cinta Dari Kaabah,
#Syahadah Cinta,
#Sejadah Cinta...
lepas ni apa plak?
Cinta Sembahyang Sunat Dhuha? Cinta Raya Haji? Zakat Cinta? Cinta Tudung Kopiah?
Hampa semua nampak tak, benda-2 cengginilah yang melemahkan iman. Umat jadi lembik. Kerja agama tak jalan tapi duk buat orang berangan, ibarat menanti bulan jatuh ke riba sedangkan agama suh kau berusaha dan praktikkan ilmu apa yang ko dah belajar. Tetapi sekarang tidak, bertopengkan agama, dan bawa unsur-2 cinta kepada manusia.
Aku pernah terbaca satu cerita yang tajuknya "COUPLE ISLAMIC" dan pada pengakhiran ceritanya, didatangi seorang mualaf, bertanyakan:
"sungguhkan wujudnya couple islamic ini?"
"ya! sebab cara yang kami gunakan halal"
"kalau begitu boleh la saya makan khinzir cuma perlu disembelih mengikut cara yang
halal"
Dan bila aku kaji mana datang gejala 'zina status' ni, hasilnya aku jumpa mamat 'Syabab Ketagih Kekasih". Dialah punca bagai. Lukisan2 'dakwahnya' yang kebanyakkan gambo niqabster duk setia menanti kopiahster atau gambo niqabster dan kopiahster duduk berduaan dengan caption 'Suami Isteri' (mereka ni couple cinta tudung-kupiah semata-mata) telah menjadi bahan 'share' berilmiah oleh Pages2 tertentu tanpa fikir, apa sebenarnye effectnya kepada umat islam.
p/s: mari bertayamum ..