Wednesday, 6 June 2012

Mayat Puntianak ?

Kalau anda sangka bahawa puntianak hanyalah makhluk ciptaan manusia dalam filem-filem melayu,
 

Mungkin anda akan berfikir kembali setelah membaca berita ini. Seorang arkeolog asal Bulgaria telah menemui kubur yang didakwa merupakan milik puntianak . Di dalam kubur itu masih terdapat rangka puntianak yang kelihatan seperti ditindih oleh batang pokok yang besar. ..




Menurut ketua muzium Sejarah Nasional Bozhidar Dimitrov,, kayu yang dihempap di atas rangka seperti sengaja dilakukan untuk menghalang puntianak ni bangun la kononnye .. 

Pada tahun 2004 juga ternyata ditemukan enam rangka puntianak dengan paku pada rangka itu. Keenam-enam  rangka ini ditemui berhampiran bandar Debelt, Bulgaria oleh seorang arkeologi bernama Petar Balabanov.

Menurut sejarah, zaman dulu sebuah ritual penyembahan kepada berhala sudah menjadi adat bagi rakyat Serbia, dan negara Balkan termasuk Bulgaria, Turki, Greece, dan Albania. Ritual anti-puntianak iaitu perburuan puntianak seperti memaku dan menindihnya dengan batang kayu yang besar untuk mengelakkan vampir itu minum darah manusia juga merupakan hal yang sering terjadi ketika zaman itu..

Akan tetapi masuk sahaja versi melayu, puntianak tidak lagi mencari darah ..tetapi mencari anaknya sambil bermain gamelan .. Puntianak harum sundal malam ..

Madonna tampil Nazi

Pada 31/5 Madona tampil dengan konsertnya di Israel yang membawa tema Nazi. Cukup jelas lambang Nazi semasa oppening konsertnya.

Pemerintahan Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler yang sangat sadis dan ditakuti pada masa Perang Dunia ke II tersebut ikut mewarnai konsert Madonna.  

Memang konsernya kali ini Madonna seperti mengisyaratkan sesuatu melalui banyaknya simbol-simbol yang digunakan olehnya termasuk dalam video pembukaan untuk memulakan konsert tersebut.  

Dalam video tersebut Madonna muncul dengan menggunakan gambar beberapa tokoh dalam Perang Dunia Ke II, namun wajahnya dicampur-campur dengan bahagian wajah orang lain, seperti mulut, atau matanya diganti. Sampai pada akhirnya Madonna tampak dalam video tersebut sambil menggunakan misai kontot ala Hitler dan memasang lambang swastika atau lambang Nazi pada dahinya. 

Natijahnya, konsert Madonna di Israel ini mengundang kontroversi dari pelbagai pihak. Ada pihak-pihak yang menilai bahawa tema yang dipilih oleh Madonna sebenarnya tidak penting.

Tetapi persoalannya di sini mengapa harus
memakai Nazi dan membangkitkan kenangan pada masa Perang Dunia II? Mengingat bahawa dulunya Israel berada di bawah jajahan Nazi ketika menghadapi Perang Dunia II, konsert Madonna ini dinilai tidak layak dan dianggap tidak patut. Kerana memasukkan unsur politik dalam muzik dan mengundang kemarah ramai pihak ..


 

Tuesday, 5 June 2012

Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

Monday, 16 April 2012

syarat untuk mati

syarat mati .. 
bukanlah sakit yang kau rasai,
syarat mati juga bukan rasa usiamu, 
syarat mati jua bukan dari apa kekurangan mu
dan bukan juga apa yang menyakitimu
tapi syarat mati ialah hidup
dan kita memenuhinya ..
salam barakah~

Thursday, 5 April 2012

oppooocot~


Melatah oooo melatah ..hahaha~entry kali ni ..pasal latah ..kalau orang yang melatah ni ..hati-hati la der kalau nak mengusiknya ..silap diusik ..maki hamun jadi santapan brekfst mahupun supper ..kira ok la tu ..buek nye mereka pegang parang ..tak ke kene perambat dengan parang ..

Tetapi yang merungsingkan,, adakah melatah ni memang diwarisi orang Melayu?? tak pernah lak tengok cerita omputeh mereka latah cam

" ouh d**m, bulls**t u main cak2 dengan i terkejut " ..

agak-agak kalau indian lak??

" ane ulek mapley  ....."

acano??kalau ada pelatah dari dunia lain bagitahu la ye??

Wednesday, 4 April 2012

kemon la ..!!


Heiii ...come on la ..!! asal lari dari rumah je MELAYU .. asal buang anak je MELAYU .. apa tak ada aktiviti lain ke ?? lari dalam guni 200 meter berganti-ganti ke ..?? ni hah!! baru umur 15 tahun ..dah lari ikut jantan .. mula-mula konon kene culik ..pastu tetiba pulak ikot jantan .. hahaha ..  member aku cakap ..muka cam pecah rumah siapa nak culik ..??

Tak malu apa dengan bangsa lain ..?? kenapa mereka lagi maju..?? lagi kaya..?? mereka tak ada pun status special .. orang MELAYU je ada ..pinjaman bumiputera,,status orang melayu,,tanah rizab,,bla bla bla ... tapi KITA tak setanding mereka .. KENAPA??

ATTITUDE !!


  • KITA suka MEMINTA ..MEREKA?berusaha sebab?? mereka tidak ada status special kat Malaysia ni
  • KITA kebelakang (tak semua) .. sedang MEREKA mencari kejayaan KITA sibuk dengan VANILLA COKLAT ..DRAMA PETANG2 
  • KITA GELAP WANG .. kalau ada tanah sekangkang tikus pun nak dijual kalau dibeli dengan harga tinggi ..

    p/s: aku tak kutuk bangsa sendiri

    Sunday, 4 March 2012

    Kisah cinta FB

    kalaulah dapat di-compile semua status di Facebook ..maka dengan segala rasminya cerita SEMBILU pun boleh jatuh numbor 2 cerita terpanjang ..sedar atau tidak mahupun separuh sedar,, rakan-2 FB KEBANYAKAN bukan SEMUA terlalu takjubnya POST-2 kisah cinta cengini :



    kan-2 ..boleh wat drama siri ...

    p/s; sebenarnya aku jeles ..hahaha!!