Saturday, 12 October 2013

Zaujah

Lama kemain aku tak menekan keyboard ni. Rasanya macam dah berubah je position huruf-huruf ni, haha ..al-maklumlah cuti sem dah abis banyak kelas pulak tu..kelas menjahit, kelas menjahit, kelas kira bulu kucing..kiranya banyak kelas la yang aku join sem ni..

semalam aku bukak la twitter, facebook, tagged, myspace, Hi-5, dan instagram.. semua duk pakat-2 cerita kiamat 21.12.2012 ..yang muslim tu takde la teman kata percaya..dorang tak caya pun..tapi still nak update pasal tarikh ni..katanya nak trending.. Dalam-2 orang duk heboh-heboh pasal hal ni, ada sekelumit insan ni share gambar anjing yang banyak..soalanya..kirakan berapa ekor anjing(macam ni pun ada)..ada pula update pula pasal zauj..

Amende zauj ni ? binatang apa pulak ni ? bunyi macam makanan je? ada kene mengena dengan buah khuldi ke?  pertanyaan aku ni terjawab apabila bertanya kepada en. Simsimi..pandai troll orang mende ni..rupa-rupanya zauj ni suami.. haih kemain betul ..tentiba tergerak hati nak skodeng profile awek ni..tengok gaya semua posting dia ni pasal kawin..hahha!! aku syak dia ni dah masuk golongan wajib kawin da ni..

Dalam pikir aku..kalau ada zauj, mesti ada zaujah ? tak gitu ? hehe..nak pilih bakal isteri ni sebenarnya bukan senang..#nak pilih bakal suami pun susah jugak..dah la semakin pupus..yang ada-ada pun cam apa je..hahaha..

sabda Rasulullah:


daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW telah bersabda: perempuan dikahwini kerana 4 perkara: kerana hartanya.. kerana kerturunannya.. kerana kecantikannya.. dan kerana agamanya.. maka pilihlah yang beragama.. nescaya kamu akan selamat..

Hadiht ini kira memang selalu kita dengar secara dan secara literalnya menyebut ciri-ciri wanita yang perlu ada dalam pencarian bakal zaujah. Jodoh tu dah ditentukan sebelum 30,000 tahun terciptanya alangit dan bumi, dalam hal jodoh ni,kita perlu berusaha tapi tak perlulah taip ON JODOH ke 36666. Lagho sume ni.. Tapi pada tahap-2 seorang student tu, tak perlulah nak mengeletis cari zauj dan zaujah, tak cukup nan tu 24/7 update pasal jodoh je..

Lihat la..betapa cantiknye nabi mengajar kita untuk mencari pasangan hidup terbaik. 

#Pilihlah yang berharta agar hidup tak melarat, 
#pilihlah kerana keturunan agar zuriat kita bersambung kepada keturunan yang baik-baik
#pilihlah orang yang canti rupa parasnya.
#pilihla kerana agamanya..tapi bukan la kene pilih ustaz ustazah je ..



cantik rupa paras tak bermaksud kene cari macam Lisa Surihani ke Maya Karin ke, cantik atau tidak ni perkara subjektif, cukuplah sekadar sesedap mata memandang. Cari yang macam retis ni bahaya gak, cantik sangat. 

"aku tanak cari bini yang cantik.. aku nak bini yang huduh2.. jenih yang orang tengok muka dia muntah 2 baldi.."

"apehal plak? orang tengok pun muntah 2 baldi.. kalo ko tengok? 18 baldi pulak ke ko muntah? hahaha"

"aku cari yang orang lain jela muntah.. bile aku tengok sejuk mate.. jadilah.."

"nape pulak? ko tanak yang comey2 ke?"

"ada 3 sebab aku memilih untuk kawen yang huduh2.. aku pecaya kalo ko dengo sebab2 ni mesti ko pun nak cari bini uduh2 cam aku jugak.."

"hahaha..ape sebabnye?" 

sebab pertama: 

aku ni kuat jeles.. kalo bini aku lawo nanti orang asik duk tengok bini aku je memang aku keluo kemane2 aku bawak pedang je nanti.. sape tengok bini aku je aku pancung.. tapi kalo bini aku huduh.. takde sape nak tengok.. aku pun takde susah2 nak pegi jepun beli pedang samurai..

sebab kedua:

kalo bini aku lawo sangat.. nanti ramai sangat kawan2 aku doa tetiap kali lepas solat ngan setiap masa supaya aku cepat2 mati.. supaya dorang dapat amik janda aku wat bini.. aku nak idup lama.. jadi tanak bini lawo2 supaya orang sentiasa doakan aku kekal bahagia sampaila aku mati ikut ajal yang sepatutnya aku mati.. bukan mati awal sebab lebih 400 orang doakan aku mati cepat..

sebab ketiga:

kalo dah semua nak bini lawo je.. sape yang nak bela nasib wanita2 huduh yang dipinggirkan ni.. biarlah aku yang berhati mulia ni yang menjaga kebajikan wanita huduh ni.. dapat kawin 4 semua huduh2 pun ok.. aku terus tubuhkan persatuan membela wanita huduh.. lelaki2 yang berhati mulia macam aku ni la yang diperlukan oleh masyarakat.. hahahahaha..


ada yang terpengaruh tak ? haha...

kesimpulanya, biarlah bakal zaujah kita ni contohnye tak berapa nak kaya, makan pun sekali sehari je, tu pun makan aisen buat kuih, air pulak tadah air hujan je, kalau duk selangor dapat air free.haha..pastu pulak muka standard lanun pecah rumah.. bercalor balor parut kat muka bekas lawan pedang..biarlah 47 parut bersimpang sior kat muka tu.. TAPI kalau dia hafizah 30 juzuk, jaga solat, jaga puasa, pandai jaga perut suami( bukan duk usap2 perut laki tu..pandai masak la). pandai jag hati mak mertua, pandai didik anak..bahagia juga..haha

ceni pun boleh :D
P/s: repost.

Qada' Entry #1 Syawal


Assalamualaikum kepada blogger sekalian,

Pertama dan selama-lamanya mari memanjatkan rasa simpati terhadap ular berkenaan yang digeget dengan rakusnya oleh manusia yang kurang waras yang tiada akidah terhadap Allah s.w.t sebagai tuhan dan tentunya tidak pernah menganbil tahu Allah lah yang mengharamkan arak dan meletakkan sebagai syariat islam, kerana terlalu banyak nye pun adui ter ber kesan buruk arak terhadap manusia.


Apa yang kita dapat lihat dewasa ni, bukan manusia sahaja yang menimpa azab daripada keburukkan arak, bahkan Persatuan Ular-ular SeDunia (P2US) telah membuat sidang tergempar dan menyimpulakan resolusi bahawa mereka berasa pening dan terpinga-pinga apabila mereka tentibee je digigit oleh manusia. Sepatutnye mereka la yang mengigit manusia seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dan semestinya lebih berbisa daripada lagu Hattan-biso bonarr biso bonar..

Allah semenangnye lebih tahu akan tiap-tiap sesuatu itu. Itu yang paling bonar.


Dah lama aku perati sebenarnya, ramai kawan-kawan blogger dah kecundang macam aku ! haha. blog dah 3 4 bulan tak hapdet ada tu sampai 1 year ago ... 2 years ago .. tapi ada yang istiqomah menghapdet tiap-tiap hari hapdet. entah hapo bondo yang update pun bondo samo jo macam kat blog lain. haha. kalau tak cinta jannah. Wawa Jenal kawin sorok-sorok.

Penonton yang dikasihi.



Ustaz Don Jr. ingin mengucapkan 

selamat bercuti kepada student UiTM, 

Tahniah kepada candidate terakhir PMR

kepada agas-agas yang berkeliaran,
pulanglah ke rumah.
engkorang buat tutorial pakai shawl pun kira okay

Dan kepada Candidate SPM,
jangan pilih Engineering landasan hidup
Jangan Pilih Jalan Hitam !!

p/s: *dancing*