Sunday 7 April 2013

Nyiauu nyiauu


JAWAB SEMUA SOALAN:

1.  Bila aku nak update blog ni haaa ?? bilaaa ?? bilaaaa ??!!

I.   Ni dah update dah ni.
II.  apsal kau menjimbit tanya ni ??
III. Mungkin bila nanti by Peter Pan.
IV. mengkarung punya soklan.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III
E. Semua di atas
F. Semua di bawah
G. semua di depan (kami tahu pilihan jawapan berulang, anggap je soalan salah cetak)
H. Semua di tenggara sikit, 30 darjah ke arah garisan sarta

Sobahal kher kepada semua blogger daripada Mesia, Australia, Congo dan Mexico. Sejak dua menjak kesibukan aku kat kampus ni ditambah lagi dengan final dan pembubaran parlimen yang asyik duk pending je , dan akhirnya aku menekan juga "papan kekunci" ( bahasa jiwa bangsa). 

Semalam aku baru je lepas FINAL MATH.  Math ? MATH je? kalau budak sekolah menengah tengok pun tak pandang perkataan "MATH" tu.. tapi kalau aku tulis. " semalam aku baru je lepas FINAL CALCULUS II FOR ENGINEER UITM PULAU PINANG". Kalau update kat status tu mohon "bold"kan baru la orang tengok macam gempak-2 je.. hahha..  Ni bukan statemen aku, ni statemen budak fesbuk aku :D...

kalau nak mengata tu kene hide kan nama dia.. haha.. syaiton kau pami..astagfirullah..okay-2 dah la tu dah la tu.. balik je dari exam, aku pun balik la,(statement kurang cerdik langit ke tujuh), balik-2 aku terus cari anak aku, dah makan ke belum, tengah buat apa, ni anak aku:


NAMA: Shikamaru

UMUR: Sepurnama bulan,

TYPE: tidak dikenal pasti

MAKANAN KEGEMARAN: Whiskas

MINUMAN KEGEMARAN: teh o ais dan susu badan

FAVORITE QUOTE: nyiauu nyiauuu.

POLITICAL VIEW: not interested





Sekarang saya ada bela kucing, nama dia shikamaru. Dulu kucing saya suka makan sayur, dia telah dididik dari kecik untuk makan sayur, beliau sangat vegeterian, setiap hari dia akan ke pasar untuk membeli sayur. walaubagaimanapun, rezeki beliau sangat pemurah, dia mengiau ngiau, semua apek-2 di pasar itu bermurah hati menyedekahkan semua jenis sayur kepada beliau, dan beliau sujud syukur tiap-2 hari kerana rezeki melimpah ruah datangnya daripada Allah.

Namun pada suatu hari beliau tertanya-tanya "kenapa manusia telah diberikan nikmat akal, rezeki yang banyak, namun masih lagi tidak bersyukur dan tidak sujud kepadaNya ?

aku pun terkesima dengan soalan tu, aku pun tak dapat nak kenal pasti jawapannya,

Tentiba, datang seekor kucing menjawab:

Kadang-kadang kita terfikir kenapa Allah ciptakan ada orang baik dan ada orang jahat, ada ahli ibadah dan ada ahli maksiat, ada malaikat dan ada syaitan, ada Nabi dan ada firaun, ada muslim dan ada kafir, ada wali dan ada fasiq, ada soleh dan ada toleh, ada syurga dan ada neraka. Kenapa agaknya ya?

# Macamana orang nak jadi baik kalau dia tak kenal apa yang dinamakan kejahatan? 

# Macamana orang nak jadi ahli ibadah kalau dia tak tahu kemaksiatan tu maknanya ape?

# Macamana nak ikut taatnya malaikat kalau tak tahu bagaimana nak elak daripada bisikan syaitan?

# Macam mana nak faham makna hidayah jikalau tiada orang yang musrik kembali ke jalan Allah.

Hmm pandai jugak kucing ni, terasa hina pula seekor kucing sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sedangkan manusia kadang-2 lupa untuk bersyukur.






2 comments:

Unknown said...

nice entry! lawak tpi tetap ada input. thumbs up!! :)

Unknown said...

thanks boom boom :D

Post a Comment