Sunday, 30 December 2012

Welkem back !!

Welcome back !! setelah menyedari dan tersedar dari lena yang panjang bahawa cuti krismas dah habis, terlalu pula banyak segala serba serbi esaimen baru teringat belum buat lagi.
 Melayu kan ? last minute baru efficient (mont, 2012).

Cuti krismas ni aku tak balik pun, ada kerja sikit.. Ramai orang tanya  ( lebih daripada 2 orang tu kira jamak la..cincai-2). Apa kau buat tu pamie kat penang ? kerja apa kau buat ni ? kau ni wakil rakyat ke nak berkempen kat sana? bukan-2 sume salah..aku kat penang ni nak berkhalwat...hahaha!!berkhalwat ni menyendiri la gila. Aku ada kerja kelab yang belum nak siap tu, esaimen lagi, nak study sikit lagi, so aku mengambil keputusan untuk tidak balik minggu ni.. sob sob sob

Tengah-2 tu captain :D


#As student sebenarnya banyak masa kita dibazirkan kepada benda-2 yang tak berpaekdah. 
#And as student kalau nak bazir masa anda, tengok kita ambil course apa, haha!! kalau ambil course kulinari ke? boleh-2 kalau nak main-2. Sebab setakat ni tak pernah aku dengar student kulinari kene ambil paper Julai.
#As student too  banyak lagi objektif yang perlu kita capai dengan mempunyai masa yang banyak. (amende aku tulis ni -_-)


Dan bukan la namanya pelajar jika :



# Bukan la seorang pelajar jika masanya banyak dihabiskan bukan untuk belajar

# Bukan la namanya seorang pelajar jika masanya lebih dihabiskan untuk FB, twitter, daripada untuk belajar.

# Bukan la namanye pelajar kalau tak pernah meniru semasa exam.

# Bukanlah namanye pelajar jika hati dan mindanye duk pikir 24 jam pasal cinta.

# Bukan la namanye pelajar kalau asyik nak berblogging dan blog walking sahaja ( HAHAHA!!). terasa mak jemah :D

In the coconut shell, sebagai student kita perlu menggunakan internet sebaik-baiknya untuk melaksanakan esaimen dan bukannya mengonlinekan diri 24 jam di Twitter dan FB serta jangan tengok porn. Insyallah kita berjaya dunia dan akhirat..

Assalamualaikum~~
salam satu blogger :D



Mari membatakkan diri :D

Wednesday, 26 December 2012

Musim ?



Musim ?? tu la entry aku pada hari ini, memandangkan kira berada dalam musim tengkujuh ni memang enak untuk meniduri diri sendiri dan bukan dengannya dengan orang lain. Sebenarnya musim ni seolah-olah satu perumpamaan terhadap kehidupan kita. (dah macam-2 pulak si pami ni).

Secara sedar atau tidak sedar mahupun separa sedar, kehidupan kita ni terjalin hebat dengan situasi semasa. Tak percaya ? cuba kita imbau dulu-dulu masa kecik-kecik, kartun Beyblade menjadi trend budak-2 sekolah,, mencanak aku dulu cari beyblade kat kedai pak cik sulaiman, takut-2 habis. Tak dapat real beyblade pemadam pun boleh buat lawan asal boleh pusing. HAHA!!



#musim dalam kehidupan.


1# musim tidak konsisten.

Musim tak konsisten  maknanya dia buat sekadar ikut trend, takde istiqomah langsung la kiranya. Buat pun sekejap sekejap. contoh musim tak konsisten macam:


  • Musim final exam


Musim ni betul-2 pure punya konsisten study, kalau study week tu 2 minggu,, 5 hari sebelum exam baru kemain konsisten study siang malam..
  • Musim blackberry dan apple

deyh macha, time aku kecik-2 dulu blackberry dan apple masih lagi buah-buahan
  • Musim boikot

boikot produk israel !! aku bagi top seminggu tak jejak kat mcD tu..haha
  • Musim insaf

musim insaf ni time bulan puasa je..tapi ada juga yang konsisten serta istiqomah tak puasa dalam bulan ramadan .


2# musim yang konsisten

Musim yang konsisten ni banyak sebenarnya, tapi aku nak cerita sikit je ni..haha..

  • Musim Haji

Musim haji ni memang dah fix dah, tak boleh nak tukar-2 tarikh,, delay 2-3 minggu ke..memang dah tetap 8 sampai 12 zulhijjah dalam kalender islam..tak boleh korang nak anjak ke bulan Muharam ke, bulan Safar ke..

Yang lain-2 korang pikir la musim apa lagi..musim puasa,musim raya..musim buah-buahan ke..