Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Wednesday 6 June 2012

Modified kereta di gurun

Kisah perjalanan seorang lelaki berbangsa Perancis pada tahun 1993 boleh dijadikan bukti nyata bahawa kreativiti seseorang itu boleh meningkat jika dalam keadaan yang terdesak. 

Emile Leray a.k.a Macgyver sebenar ini pernah terkandas di tengah-tengah gurun Sahara. Pada tahun 1993, dia melakukan perjalanan dari bandar Tan Tan, Maghribi melintasi Gurun Sahara. Emile melakukan perjalanannya dengan menggunakan kereta tuanya, Citroen 2CV je . Tak tau la akai letak mana mamat ni bawa kereta cengini ..lain kali bawala Proton Preve.

Snap-2 sebelum ekspedisi
Mamat ni sebenarnya nak ke Maroko tapi kene sekat pula dengan pasukan tentera semasa konflik Maroko dengan Barat Sahara .McGyver ni berjaya melarikan diri dengan keretanya ..


Tapi malangnya kereta pula buat hal. Tak berfungsi tengah-tengah gurun dah satu hal pula .. Tapi berkat semangat Survive mamat ni dia cuba la transform kereta dia ni jadi motor .



Kalau McGyver masih hidup menyujud dia kat mamat ni ..

p/s: aku syak dia ni budak engineering

Madonna tampil Nazi

Pada 31/5 Madona tampil dengan konsertnya di Israel yang membawa tema Nazi. Cukup jelas lambang Nazi semasa oppening konsertnya.

Pemerintahan Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler yang sangat sadis dan ditakuti pada masa Perang Dunia ke II tersebut ikut mewarnai konsert Madonna.  

Memang konsernya kali ini Madonna seperti mengisyaratkan sesuatu melalui banyaknya simbol-simbol yang digunakan olehnya termasuk dalam video pembukaan untuk memulakan konsert tersebut.  

Dalam video tersebut Madonna muncul dengan menggunakan gambar beberapa tokoh dalam Perang Dunia Ke II, namun wajahnya dicampur-campur dengan bahagian wajah orang lain, seperti mulut, atau matanya diganti. Sampai pada akhirnya Madonna tampak dalam video tersebut sambil menggunakan misai kontot ala Hitler dan memasang lambang swastika atau lambang Nazi pada dahinya. 

Natijahnya, konsert Madonna di Israel ini mengundang kontroversi dari pelbagai pihak. Ada pihak-pihak yang menilai bahawa tema yang dipilih oleh Madonna sebenarnya tidak penting.

Tetapi persoalannya di sini mengapa harus
memakai Nazi dan membangkitkan kenangan pada masa Perang Dunia II? Mengingat bahawa dulunya Israel berada di bawah jajahan Nazi ketika menghadapi Perang Dunia II, konsert Madonna ini dinilai tidak layak dan dianggap tidak patut. Kerana memasukkan unsur politik dalam muzik dan mengundang kemarah ramai pihak ..